1 Januari 2008

2008

Selamat tahun baru 2008!
Pada anda semua tak kira dimana jua anda berada.
Dalam melangkah ke tahun baru orang akan memperkatakan tentang azam.Ramai akan menyediakan azam untuk dilaksanakan dan ramai juga yang tidak peduli tentang azam-berazam ini termasuk aku. Bukan aku tidak punya azam dalam hidup tetapi aku lebih percaya pada prinsip berusaha mengikut keperluan dan kekuatan diri.Berusaha, berdoa dan tawakkal.Dan aku tidak pernah membuat azam menjelang tahun baru kerana aku tidak menunggu tahun baru untuk melakukan sesuatu.