30 Disember 2007

Apa yang aku tahu3

Hi
Dah dipenghujung tahun 2007. 2008 akan tiba, tentu anda dah mula ada azam untuk 2008.

Untuk perniagaan diInternet ada 7 langkah yang perlu untuk memulakannya.
1.Dapatkan domain yang baik.

Domain itu adalah alamat untuk website anda seperti nama kedai. Domain lebih dikenali sebagai URL.Ia adalah unik dan membezakan alamat website anda dari yang lain.Pilih nama domain yang mudah diingati dan senang ditaip.Ia boleh berdasarkan nama anda, produk yang anda jual atau ringkasan pada tujuan website anda. Jangan guna domain yang susah hendak dieja atau ditaip.Domain yang layak mesti ada www. iaitu world wide web dan pendaftar domain selepas dot iaitu .com. .com adalah digalakkan dari .net atau .info untuk bisnes anda kerana mudah disenaraikan atau diterim oleh enjin pencari.Pendaftar lain seperti .org/.edu/.gov adalah lebih sesuai untuk persatuan, pelajaran dan badan kerajaan.

2.Dapatkan Webhost.

Webhost adalah syarikat yang membolehkan anda untuk mengendali website anda dimesin pelayan (server) mereka.Webhost ibarat tuan tanah yang rumah nya anda sewa iaitu website anda.Jadi perhatikan kemudahan dan perkhimatan yang disediakan sebelum anda menyewa supaya anda pastikan website anda berjalan lancar.Ada syarikat juga menawarkan anda dengan pembina website(website builder) jika anda ingin membina website sendiri.Pastikan juga anda ada akaun emel ,audio atau carta membelibelah untuk produk anda.
Anda juga perlu mengambil kira sewa yang dikenakan syarikat webhost.Ada berbagai pelan yang dianjurkan, pilih yang bersesuaian dengan kewangan anda. Anda boleh daftar website anda dengan Yahoo atau Hostgator.