24 April 2011

Emas o Emas

Salam sejahtera

Emas besi berkilauan yang punyai aura yang kuat untuk dimiliki.Orang perempuan memang suka emas.Aku pun suka emas . Emas buat pelaburan, itu pun bila aku google 'jutawan" aku jumpa website jutawan emas.Dari situ aku belajar tentang emas buat pelaburan.
Aku melabur dengan beli syiling kijang emas.Kau orang boleh refer harga mas kijang diBN. Bank Negara ok.Sekarang harga emas melambung terlalu tinggi hingga mencecah US1500/oz. Nak tambah pelaburan harga tinggi.

Pelaburan emas kijang aku meningkat sebanyak 14% yang dibeli pada bulan 5 2010.Cuma sayang aku beli 2 keping 1/2 oz saja.Kalau tidak...

Emas o emas

1 Januari 2011

Setahun berlalu..

1.1.11
Datang pantas sekali, apa aku dah baiki selama setahun yang lalu
amal?
sikap diri?
keluarga sempurna?
kejayaan kerjaya?
simpanan untuk hari tua?
atau
semuanya semakin menurun untuk setahun yang lalu

15 September 2010

Selamat.. Selamat Hari Raya

Sir lump mud Hurry Rare year Ideal fit tree moo lee year. Ma half za hair bar ten. 2 loose dairy hearty young e class.

"Sorry i barroo bar leg dairy London!"

11 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka.Amiin.

Bulan yang dijanjikan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan dari api neraka.

Selamat berpuasa untuk muslimin dan muslimat semuanya.

15 Jun 2010

Tanam Gaharu

Mari tanam gaharu pokok emas yang boleh membuat anda jadi jutawan!!
Kalau sekali lalu memang best dengar. Aku survey kat internet macamana benar nya hal ini. Dalam masa 5 - 7 tahun tanaman anda akan membuat anda jadi jutawan. Tapi tak semudah itu bro ada banyak perkara yang perlu difikirkan.Paling utama MODAL dan USAHA.

Perkara yang membuat aku terfikir nak tanam gaharu.
-Benih gaharu macam macam jenis pokok gaharu yang ada. Tak tahu mana yang sesuai untuk lot tanah yang ada. Ada sub-integra, Crassna, prampee, aquilliara mallacencis.

-Kebanyakan pembekal benih jual pokok dengan mimima orde 1000 pokok.
Sepokok antara RM3-RM15 ikut ketinggian. Belum termasuk kos pengangkutan.

-Bila dah berusia 5 pokok kena suntik untuk menghasilkan resin atau damar gaharu.Sekali suntik untuk sepokok pun harga amat tinggi.Kalau
1000 pokok modal yang dikeluarkan boleh beli rumah kos rendah.

-Bila dah suntik, kena tahu mana nak jual. Kalau khidmat jual benih dan suntik memang ramai. Yang nak beli ?

-Kontrak gaharu tak meyakinkan,mungkin seperti kontrak serai yang aku tahu usahawan serai ramai kerugian bila Tuan kontrak cabut lari.

Nak tanam gaharu ke tidak?

Apa boleh dibuat dengan gaharu?

Minyak wangi, biji tasbih, buat rumah, paling murah kayu colok.

Dah kaji dan terus mengkaji tentang gaharu, aku ambik keputusan tanam gaharu.Tak banyak ada dalam 120 pokok saja dengan kos RM15 sepokok. Rega standard yg bole aku dapat sekitar Jay Bee ni.Nasib baik pembekal kata brapa pokok pun bole orde.

Bulan Mei selesai projek penanaman gaharu aku.X bole tinggalkan begitu saje. Kena bersihkan kawasan tanaman, membaja ,tambahkan ilmu buat pemerhatian. Walaupun pokok hutan tapi kalau benih komersial aku x pasti ketahanan pokok ini terhadap alam sekitar.

Tanam gaharu ibarat tanam emas. YE KE?

Adios

Anak pokok gaharu sub-integra










21 Mac 2010

Bukit Gambang Resort City (BGRC)


Cuti cuti kali ini ke Bukit Gambang Resort City. Tempat percutian baru yang dibuka tahun lalu terletak 30km dari Kuantan.
Perjalanan mengambil masa lima jam dari Jay Bee, melalui jalan Segamat-Gambang. Disimpang utama arah kekiri melewati pekan kecil Bukit Gambang yang x bermaya.

Tarikan utama sudah tentu Water Theme Park yang pada pendapat aku lebih baik dari Sunway Lagun. Ada 3 tempat renang untuk anak2 tidak termasuk Coco Beach.
Menggunakan sistem tanpa tunai (ecash)untuk penyewaan pelampong,beli makanan dan sewa loker.Cuma satu saja aku nak ingat kau orang kena makan dulu makanan yang kau orang bawa sebab makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk.Dan harga makanan yang dijual pun bole tahan.Kalau bermalam disana bawalah maggi lebih sikit kalau malas nak keluar dari resort untuk makan malam.

Adios

28 Disember 2009

Tuai Serai

Cuti krismas balik kampong tengok serai. Serai dah bole di tuai dah masok tujuh bulan.Rumput pun dah sama merimbun.Buat masa ini bro kata jangan jual serai dulu harga jatuh antara 50-90 sen sekilo! orang kampong ramai tengah bongkar tanah..tunggu...Balik cuti ini memang dah niat nak tuai serai.Bukan nak dijual tapi pindahkan ke lot baru yang dibersihkan 2-3 bulan yang lalu
sambil menimba pengalaman macammana tuai serai dan menilai ketahanan diri dalam kerja menuai ini.
Aku pakai scoop, rodok kepangkal rimbun serai dan longgok.Tuai pokok yang x banyak benih atau dah nak mati dek kekurangan baja.Tengahhari aku stop petang baru siang serai dengan sis.Siang serai guna gunting buat cantas pokok.Dia orang panggil "scutter". Dapat +- 50 kilo sahaje.. u very slow man.
Apa yang aku perhatikan baru tujuh bulan kebesaran benih tak sekata, belum matang, serai dah kena serang ulat atau dipanggil bena perang. Sebab nya rumpun merimbun keadaan perdu lembab dan tak sembur racun serangga..

Adios next week cuti lagi tahun baru 2010

18 Disember 2009

Dipagi Jumaat Ini ....

Hujan rahmat turun dengan lebat mengiringi hamba yang baru pulang dari kerja lembur. Semuga hujan rahmat ini akan menambahkan kerahmatan dalam hidup dan dimurahkan rezeki hamba.Ianya juga menyambut kedatangan awal Muharram 1431 Hijrah. Selamat Tahun Baru Hijrah untuk isteri tercinta anak3 tersayang. Semuga kita lebih bermuhasabah dan sama sama membina keluarga bahagia.

Marilah kita berhijrah..

10 Oktober 2009

Kaizen

It is about quality.The company put up this banner early this week.Japenese word that i also dont understand the meaning.he..

KAIZEN

Change the way u LOOK at things

Change the way u THINK about things

Change the way u DO things

So lu fikir fikir sendiri la

23 September 2009

Hari Raya keempat

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Hari ini dah hari raya keempat.Cuti dah habis kena pegi kerja.Alhamdulillah raya berlalu dengan penuh kesyukuran.Meriah untuk anak anak, happy sangat dengan baju dan kasut baru.Penuh kesyukuran kerana saudara saudara yang tua dah bermaafan lupakan sengketa yang lalu.Tinggal seorang belum bermaafan kerana tahap keegoan yang tingi atau hati maseh terluka.

Raya pertama tahun ini, beraya dirumah mak mertua. Ziarah makcik2 sebelah orang rumah.Lepastu baru kerumah abang yang sulong di Pontian.Malam baru sampai kat kg.Ramai dah masok tido.Kepenatan agak nya'

Raya kedua dapat berita adik dak selamat bersalin anak kedua.Perempuan.Tarikh lahir sama dengan anak aku yang ketiga.Lahir secara caeserian setelah labour lebih 12 jam.Alhamdulillah semua nya selamat.Petang bertolak keKluang kerumah kakak,malam barula balik rumah.

Pagi raya kedua sempat juga tengok kebun serai.Yala pagi pagi sape ada nak beraya.Serai ada yang subur ada yang tidak, ini kes tak cukup baja.Bulan puasa pesan dengan sedara tolong habiskan membaja tapi apakan daya x larat kata dia.Yala bulan puasa paham la aku.Baja Urea N46 ada lagi suku guni.Rumput rampai pun tumpang hidup menyubur, hish hish banyak kerja nak buat kat kebun lepas raya ini. Meracun, membaja,tanam lagi serai dan limau nipis pada kawasan kosong yang ada.

Akhir kata selamat hari raya maaf zahir batin.