5 Januari 2008

Apa yang aku tahu4

Hari ini kita teruskan langkah selanjutnya iaitu membina laman web.

Pertama pilih template yang sesuai untuk perniagaan anda. Beri tumpuan pada bahagian atas, tengah dan kanan laman web anda.Letakkan produk atau promosi ditempat yang paling optima dilaman web anda. Anda boleh menggunakan perisian Frontpage, Dreamweaver ataupun laman pembina webhost anda.Kalau tiada pengalaman, cuba belajar atau bagi upah pada belia yang mahir buat laman web. Satu faktor penting laman web perniagaan biar tidak sakit mata memandang dan latarbelakang putih adalah terbaik untuk web perniagaan.



4. Kandungan laman web adalah paling penting. Ramai orang suka mendapat sesuatu yang percuma. Jadi beri banyak informasi yang boleh memuaskan hati mereka sebelum mereka mengeluarkan wang untuk beli produk anda.Beri dan beri sehingga mereka dahagakan informasi barulah promosikan produk anda. Nyatakan kebaikan dan kelebihan produk anda disamping testimonial dari pengguna lain dan juga bonus dari anda jika mereka membeli produk tersebut.



5.An autoresponder.

Ini adalah emel automatik yang membolehkan anda menghubungi pelanggan atau pelawat laman web anda.Contohnya menghantar ucapan terima kaseh kerana melanggan newsletter dari anda atau untuk mendapat produk percuma seperti tips atau ebook dari anda. Perlu diingat anda perlu juga memberi pilihan pada mereka untuk tidak lagi melanggan dari anda dibawah auto emel anda. Antara auto responder yang baik dan banyak digunakan dalam dunia perniagaan ialah GetResponse.