Langkah pertama ke arah perniagaan internet ini ialah membina satu website atau blog. Website atau blog ini merupakan pengantara paling berkesan bagi kita menyalurkan pandangan, idea, maklumat,produk perniagaan, atau apa jua yg kita fikir perlu untuk menjadikan ianya popular. Ini adalah asas kepada perniagaan ini biarpun ada saluran lain seperti email dsbnya.
Pada masa ini, terdapat pelbagai pakej website/blog yg ditawarkan secara PERCUMA. Pada peringkat permulaan ini, saya rasa pakej percuma itu dikira sudah memadai. Bagi kita yang baru, proses awalnya ialah cuba..tak paham..tanya orang..berlajar balik...tersilap...betulkan..betulkan..betulkan sehinggalah kita mahir dengan pengurusan website ini. Selepas kita faham cara dan kaedah membina website ini, kita perlu melangkah satu tapak lagi, iaitu menyebarkan dan memasarkannya di internet supaya kita boleh wujudkan apa yang dipanggil 'traffic'. Semakin banyak 'traffic' semakin banyaklah peluang kita untuk memasarkan apa yang kita tawarkan. Walaupun diperingkat awal memadai dengan khidmat percuma sahaja,namun lama kelamaan kita perlu juga untuk dapatkan khidmat pemasaran berbayar. Jika tidak, website kita akan ketinggalan dengan munculnya webmaster dan usahawan usahawan internet baru disamping website utama ada yang telahpun popular sebelum ini. Dalam hal ini, saya kurang yakin dengan kenyataan yang mengatakan 'perniagaan tanpa modal'. Kalau ada pun yang berjaya jadi Jutawan dalam bidang ini..itu 1 dalam 1,000. Lihat saja Irfan Khairi, beliau juga mengeluarkan modal biarpun sedikit, dan beliau juga mengambil masa 3 tahun membina namanya pada kedudukan sekarang. Pada saya, bukanlah begitu mudah nak jadi Millionaire dengan membina 1 atau 2 website sahaja. Bagaimanapun, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa peluang 'buat duit' melalui Internet itu terbuka luas, dan ini merupakan salah satu perniagaan yg boleh menjana'passive income'. Satu perkara yg yang ajaib mengenai pernigaan Internet ini ialah tiada siapa yang terlewat menceburnya dan tiada siapa yang rugi akhirnya. Jika tak berjaya pun kita akan dapat ilmu. '
Oleh: Jutawan dari Internet Lain'