29 Mac 2008

Ubah Minda Urus Duit

Didapati ramai orang melayu masih belum mahir dalam merancangan kewangan mereka.Mereka tidak mampu menabung dari gaji bulanan dan kadangkala muflis sebelum cukup bulan.Ini berlaku mungkin disebabkan hutang keliling pinggang atau berbelanja diluar kemampuan.Kita harus ubah cara kita mengurus duit perbelanjaan.

-Dapat gaji bulanan,simpan dahulu 5-10 peratus duit gaji kita sikit-sikit lama-lama jadi banyak.Lebih banyak simpan lagi baik.

-Bila hendak membeli sesuatu barang fikir 2,3 kali adakah barang itu suatu keperluan atau kehendak.

-Jangan berhutang kalau barangan itu mampu dibeli tunai.Usah teruja dengan kadar ansuran yang rendah kerana jumlah harga yang kita bayar melebihi 40-60 peratus jika kita beli secara tunai.

-Guna apa yang ada,jangan orang tukar TV LCD kita nak tukar TV juga,orang mampu kita tidak-ukur baju dibadan sendiri.

-Tahu kepentingan kegunaan sesuatu barang jangan utamakan jenama.
Barang yang berjenama biasanya mahal kalau hendak sangat berjenama belilah yang tak ori.

Waktu berduit orang akan mengaku bersaudara,tapi waktu tak berduit saudara pun mengaku orang.Beringat-ingatlah.