24 Mac 2008

Duit Minyak

Harga minyak mentah naik mencecah lebih US100 setong sejak berapa minggu yang lalu.Kenaikan harga minyak sudah pasti akan menaikan harga barangan yang lain.Ini kerana ia membabitkan kos pengangkutan.
Yang ada kereta juga terjejas dengan kenaikan harga minyak menyebabkan bertambah belanja duit minyak setiap bulan.
Jadi kita harus mengurangkan duit minyak kita dengan mengamalkan sikap jimat memandu. Dengan sikap ini kita dapat mengurangkan duit minyak 10-20% setiap bulan.
Tips jimat memandu.
  • tekan minyak secara perlahan bukan F1
  • pilih gear bersesuaian mengikut kelajuan
  • waspada pada situasi jalan raya supaya anda tidak menekan minyak dan tekan brek kerana "traffic jam" didepan.
  • rancang perjalanan anda.
  • jangan membontot kerana anda terpaksa "main" minyak
  • pilih minyak 92-95 octane sudah memadai
  • periksa tekanan tayar
  • kalau pandu solo,pandu waktu malam matikan penghawa dingin turunkan tingkap sikit
  • jangan jadikan kereta anda stor minyak.Mengisi 1/2 lebih baik dari isi penuh.
  • Pastikan kereta anda berada dalam keadaan baik.Tukar minyak enjin dan penapis bila sampai waktunya
Berfikirlah sesaat sebelum bertindak terus sepuloh minit