23 September 2009

Hari Raya keempat

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Hari ini dah hari raya keempat.Cuti dah habis kena pegi kerja.Alhamdulillah raya berlalu dengan penuh kesyukuran.Meriah untuk anak anak, happy sangat dengan baju dan kasut baru.Penuh kesyukuran kerana saudara saudara yang tua dah bermaafan lupakan sengketa yang lalu.Tinggal seorang belum bermaafan kerana tahap keegoan yang tingi atau hati maseh terluka.

Raya pertama tahun ini, beraya dirumah mak mertua. Ziarah makcik2 sebelah orang rumah.Lepastu baru kerumah abang yang sulong di Pontian.Malam baru sampai kat kg.Ramai dah masok tido.Kepenatan agak nya'

Raya kedua dapat berita adik dak selamat bersalin anak kedua.Perempuan.Tarikh lahir sama dengan anak aku yang ketiga.Lahir secara caeserian setelah labour lebih 12 jam.Alhamdulillah semua nya selamat.Petang bertolak keKluang kerumah kakak,malam barula balik rumah.

Pagi raya kedua sempat juga tengok kebun serai.Yala pagi pagi sape ada nak beraya.Serai ada yang subur ada yang tidak, ini kes tak cukup baja.Bulan puasa pesan dengan sedara tolong habiskan membaja tapi apakan daya x larat kata dia.Yala bulan puasa paham la aku.Baja Urea N46 ada lagi suku guni.Rumput rampai pun tumpang hidup menyubur, hish hish banyak kerja nak buat kat kebun lepas raya ini. Meracun, membaja,tanam lagi serai dan limau nipis pada kawasan kosong yang ada.

Akhir kata selamat hari raya maaf zahir batin.

Tiada ulasan: