15 April 2009

Part time Hang Kebun

Dah dua bulan kerja memerun tak habis lagi.Kalau setakat pakai parang aje memanglah lambat.Fikir fikir terpaksa cari gergaji berantai, pegi 2 3 kedai dibandar BP sambar satu RM480 kopak duit, brand Falcon 16".punyala berat +- 4 kg, tak tahu larat ketidak nak gunakan benda ni.
First time pakai bergegar badan dibuatnya lenguh tangan kiri.Kerja bawah sinar terik mentari memang x tahan dibuatnya.2 3 botol air masak habis aku teguk.Memang respect betul pada petani/pekebun full time.Muka cerah boleh jadi hitam beb.
Rancangan bulan 4 ni mesti habis,next month nak racun dan bajak tanah.Dalam kepala ni teringat nak tanam Serai Peha Ayam.
Sekarang ni tengah surf blog pasal serai!

Tiada ulasan: