Dah masok tahun baru, tahun baru hari kedua dipagi jumaat yang cerah ini bertambah lagi usia yang ada. Alhamdullah. Tahun baru azam baru? Tidak bagi aku, azam ni tak ada lagi dalam hidup ini bukan apa tak nak jadi beban.
Hidup jalan terus, baiki apa yang kurang dan buang apa yang tak baik. Seperti semalam aku habiskan cuti kat rumah aje tapi bukan goyang kaki beb atau tengok tv.Aku kemas stor, buang barang lama yang dah berhabuk entah dah berapa lama bersarang kat situ.Sayang punya sayang aku simpan tapi tak pakai langsong,daripada mennyemak aku buang perasan sayang pada benda benda dan aku kemas, berseh sikit lega gitu.
Jadi aku rasa kau orang pun sama, kalau ada barang yang ada kat setor lebih dari 6 bulan atau lebih yang kau orang tak pakai tu itu dah kira boleh masok karung guni.
Lebih lagi kalo barang tu takde nilai langsong.
Sama juga kalau kau orang ada sikap yang buruk tu, buangkan sikap buruk lama kau orang dan gantikannya sempena tahun baru ini.
Selamat tahun baru 2009 dan Maal Hijrah 1430.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan