Membelek novel lama terjumpa satu coretan dibelakang novel tersebut. Setelah diamati ianya adalah senikata sebuah lagu.Aku coretkan kerana senikatanya memberi makna yang mendalam.Maseh segar dalam ingatan, lagu ini dinyanyikan semasa menghadiri seminar menghadapi peperiksaan suatu waktu dahulu.Seminar yang dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.(GPMS).
Fahami senikata lagu ini kerana ianya memberi satu peringatan dan kesedaran pada kita dengan pergolakan kuasa yang berlaku masa kini. Dan kata "takkan melayu hilang didunia" akan terus dipegang.
WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara(3x)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan