+ Mak aku nak kawin!
-Dengan siapa?
+Dengan seorang pelakon.
-Ya ke! Bertuah anak mak .Dapat kawin dengan pelakon.Nanti gelamorlah kita sekejap, dapat masok surat kabar ye. Kat mana kau nak buat majlis tu?
+ala mak kita orang nak buat dekat Hotel Tapak Lumba Kuda.
_Mahal belanja tu. Kat mana kau nak cekau duit.
+Itu senang je .Kita keluarkan duit simpanan ASB, buat pinjaman Bank . Korek sana sikit korek sini sikit.Majlis mesti gah punya. Baru orang pandang kita mak.
_Bagus la tu..
Tak faham betul aku dengan sikap orang kita.Dah tak de duit buat lah cara tak de duit.Buat setakat mana yang kita mampu. Jangan nak bergaya tapi hakikat nya papa.
Buat apa sampai nak berhutang untuk majlis perkahwinan, kalau selepas majlis sentiasa garu kepala , gigit jari nak melangsaikan hutang yang menimbun. Perkahwinan yang dibina bukan untuk sehari dua, lepas tu habis.Banyak lagi yang diperlukan selepas perkahwinan, rumah,belanja harian, beri mak bapak sikit,persediaan untuk sambut anak dan macam macam lagi.
Buatlah majlis perkahwinan anda seringkas mungkin, yang penting ada keberkatannya. Bebas hutang!
"Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang. Perkara yang paling tak seronok dibuat ialah bayar hutang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan