27 Mei 2008

Antara Misogami Dan Misoginis

Misogami
Itulah tajuk sebuah episod dari drama Dilema Wanita.Misogami tak tahu apa maknanya.Dalam kamus dewan Edisi Ketiga tak jumpa juga makna Misogami, yang ada Misoginis.Misogami Misoginis bunyi macam perkataan jepun.Anda tahu apa makna kedua dua perkataan tersebut?
Lungsur dan melungsur baru jumpa makna Misogami.Maknanya adalah hatred of marriage.Kebencian dari perkahwinan. Orang biasa mencari kebahagian dalam sebuah perkahwinan dan bukan sebaliknya.Jika perkahwinan anda sudah menimbulkan rasa Misogami ,cepat cepat cari jalan penyelasaian kerana banyak masaalah akan timbul bila Misogami sudah berada ditahap yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Misoginis ini untuk lelaki saje.Maknanya lelaki yang membenci wanita.Mungkin lelaki ini kurang sifat sebagai seorang lelaki atau mengalami deraan sewaktu kecilnya menyebab ia menyimpan dendam pada wanita. Kerana seperti diketahui umum lelaki memang suka wanita.Positif dan negatif, bila bertemu ada daya tarikan sembrani.
Sebab itu ada lelaki dilabel sebagai matakeranjang dan landcrocodile(buaya darat da)
Sehingga kini belum jumpa siMisoginis.Bagaimana dengan anda?

Tiada ulasan: