29 Februari 2008

Tarikh unik 29 feb

Tarikh 29 Feb muncul dikalendar 4 tahun sekali.Tarikh ini amat unik kerana jarang kelihatan dalam ruang kalendar setiap tahun. Tarikh 29 Feb hanya menjelma pada Tahun Lompat atau leap year, juga dikenali sebagai Tahun Kabisat.

Yang lahir pada tarikh ini tidak bererti mereka hanya menyambut hari lahir mereka 4 tahun sekali . Mereka masih boleh meraikan hari lahir mereka setiap tahun sehari sebelum (28Feb) atau sehari selepas (1Mac).

Bila datang Tahun Lompat , hari lahir boleh disambut secara meriah dan besar-besaran.Sama seperti Bolasepak Piala Dunia,Sukan Olimpik dimana sambutan dirancang supaya menjadi suatu sambutan yang bergaya, meriah dan mejadi kenangan indah.