11 Disember 2007

Berniaga

Ini tambahan pada apa yang aku tulis .Dan ini adalah pendapat dari LinnComel tentang berniaga.
Apa jua yang kita lalui atau lakukan, kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita. Adakah perjalanan hidup kita semudah kita mengira 123, atau penuh dengan liku dan cabaran. Begitu juga dalam dunia perniagaan,banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk kita benar-benar merasa nikmat kejayaan.
Walau apa jua cabaran dan dugaan yang dtempuhi, sifat sabar dan tabah adalah senjata utama,dalam mengharungi kesemua cabaran dan dugaan tersebut.
Di dalam perniagaan, tidak ada kawan atau musuh yang kekal, kerana adakalanya kawan anda adalah pesaing anda yang utama, walau bagaimana pun anda bersaing, bersaingla h secara sihat. Jangan kaitkan soal perniagaan dengan kehidupan peribadi anda.
Berniagalah kerana anda benar-benar ingin berniaga. Jangan anda sekadar ingin berniaga kerana wang. Sekiranya faktor wang penyebab utama untuk anda berniaga, anda akan merasa kecewa sekiranya anda tidak memiliki wang yang anda idamkan. Sekiranya anda benar-benar berniaga kerana anda benar-benar ingin berniaga, InsyaALLAH, sekali anda gagal, anda akan bangkit semula.Kegagalan bukan milik anda selamanya..